Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Indonesia meterai 11 perjanjian bernilai S$14 bilion

Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence mengumumkan perjanjian-perjanjian bernilai AS$10 bilion (S$14 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
AS, Indonesia meterai 11 perjanjian bernilai S$14 bilion

Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence (kanan) bersama Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla. (Gambar: REUTERS/Beawiharta)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 07:37PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 07:42PM

JAKARTA: Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence mengumumkan perjanjian-perjanjian bernilai AS$10 bilion (S$14 bilion) antara syarikat-syarikat Amerika dan Indonesia yang dijangka merangsang sektor daya tenaga Indonesia.

Encik Pence menyaksikan 11 perjanjian itu ditandatangani sebelum menggulung lawatannya ke Indonesia.

Antara syarikat-syarikat yang menandatanganinya termasuk Exxon Mobil untuk menjual gas asli cecair kepada Pertamina, Lockheed Martin untuk membantu meningkatkan pesawat Angkatan Udara Indonesia dan General Electric bagi membantu membangun prasarana di Indonesia.

Indonesia dan Amerika Syarikat semalam (20 Apr) bersetuju untuk mengkaji cara-cara mengurangkan sekatan bagi syarikat-syarikat Amerika menembusi pasaran Indonesia.

Pentadbiran Trump meletakkan Indonesia dalam senarai 16 buah negara di bawah semakan kerana lebihan dagangannya dengan Amerika.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan