Images
  • mike pence
    Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence menyampaikan ucapan. (Gambar: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

AS, China cuba kekang program nuklear Korea Utara

JEPUN: Susulan ketegangan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara.

Naib Presiden Amerika Mike Pence berkata Washington akan bekerjasama dengan sekutu-sekutunya bagi mengenakan tekanan ekonomi dan diplomatik ke atas Korea Utara.

Bercakap semasa rangka lawatannya ke Jepun hari ini (19 Apr), Encik Pence menambah ini termasuk bekerjasama dengan China, dalam usaha mengekang program nuklear Korea Utara.

Berucap di atas kapal perang USS Ronald Reagan, Encik Pence mengatakan iltizam Washington tidak akan berbelah bagi dalam menghadapi ancaman Pyongyang.

Sementara itu kesilapan perhubungan di kalangan para pegawai Amerika menimbulkan tanda tanya.

Armada kapal perang Amerika yang dipimpin kapal induk USS Carl Vinson kini dilaporkan tidak berada di kawasan semenanjung Korea apabila Presiden Donald Trump mengumumkan kehadiran kekuatan tentera Amerika untuk menangkis ancaman daripada Korea Utara.

Sebaliknya armada Amerika itu sebenarnya dalam perjalanan untuk menyertai latihan tentera di Lautan Hindi.

Markas Pasifik Tentera Amerika kemudian menjelaskan armada kapal-kapal perang itu perlu dahulu menamatkan latihan dengan Australia.

Tetapi kini ia sedang dalam perjalanan ke kawasan Pasifik Barat seperti yang diarahkan sebelum ini. 

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top
>