Images
  • 1mdb
    (Gambar hiasan: AFP/Manan Vatsyayana)

AS$360 juta dikirim ke Abu Dhabi bagi langsai hutang, dedah 1MDB

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatakan pada Jumaat (11 Ogos) ia sudah mengirimkan AS$360 juta (S$490 juta) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) milik pemerintah Abu Dhabi.

"Semua dana yang dibayar ke IPIC adalah hasil kutipan daripada program rasionalisasi yang berterusan," dedah 1MDB dalam kenyataannya.

Pada minggu ini, Abu Dhabi melanjutkan tarikh tamat tempoh bagi dana negara Malaysia itu untuk melangsaikan hutang sebanyak AS$603 juta (S$820 juta), sekiranya sekurang-kurangnya AS$310 juta (S$420 juta) dibayar sebelum 12 Ogos.

1MDB mendedahkan dalam kenyataannya bahawa baki tuntutan bayaran ke IPIC kini dilanjutkan sehingga 31 Ogos.

- Reuters/IM/nk

Komen Anda?

Top