Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi dengan rasmi umumkan pembukaan panggung wayang pertama pada Mac 2018

Kerajaan Arab Saudi hari ini (11 Dis) mengumumkan bahawa panggung wayang atau pawagam akan dibenarkan beroperasi semula di negara tersebut dengan panggung wayang pertamanya dijangka akan dibuka pada suku pertama tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi dengan rasmi umumkan pembukaan panggung wayang pertama pada Mac 2018

Gambar hiasan bendera Saudi. (Gambar: AFP PHOTO/STR)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 04:58PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 05:01PM

DUBAI: Kerajaan Arab Saudi hari ini (11 Dis) mengumumkan bahawa panggung wayang atau pawagam akan dibenarkan beroperasi semula di negara tersebut dengan panggung wayang pertamanya dijangka akan dibuka pada suku pertama tahun depan.

"Sebagai pengawal selia perusahaan, Suruhanjaya Besar bagi Media Audiovisual sudahpun memulakan proses memberikan lesen kepada panggung wayang dalam kerajaan (Arab Saudi)," Menteri Kebudayaan dan Maklumat Awwad bin Saleh Alawwad mendedahkan dalam satu kenyataan.

"Kami menjangkakan pawagam pertama akan dibuka pada Mac 2018."

Perkembangan ini merupakan satu lagi perubahan ketara landskap sosial yang diperkenalkan kerajaan konservatif itu, setelah mengumumkan beberapa perubahan lain sejak beberapa bulan ini termasuk membolehkan kaum wanita memandu mulai Jun tahun depan.

Pada bulan April tahun ini, ketua pemimpin rombakan bagi hiburan di Saudi Encik Ahmed al-Khatib pernah mengatakan bahawa kerajaan tersebut akan membuka semula panggung wayang dan akan membina panggung opera bertaraf dunia.

Arab Saudi pernah mempunyai beberapa panggung wayang pada tahun 1970-an tetapi para ulama memujuk pihak berkuasa untuk menutupnya ekoran pengaruh Islam konservatif di kerajaan tersebut.

Menurut laporan, panggung-panggung wayang masih lagi diharamkan oleh golongan ulama kerana ia dianggap sebagai maksiat.

Di bawah Visi 2030 yang diterajui Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi berikrar untuk membawa perubahan ekonomi, budaya dan sosial kepada kerajaan tersebut.  

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan