Images
  • sea games msia

Aplikasi rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur dilancar hari ini

KUALA LUMPUR: Sukan SEA di Kuala Lumpur hanya tinggal beberapa minggu sahaja dan pasukan Malaysia mempunyai seorang peserta terkenal iaitu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau disertakan dalam pasukan ekuestrian kebangsaan.

Ini menandakan kali pertama seorang menteri sukan akan mengambil bahagian dalam acara sukan serantau.

Kali terakhir Polo dimasukkan dalam sukan SEA adalah pada tahun 2007, di mana Malaysia memenangi pingat emas.

Sementara itu, aplikasi rasmi, platform media sosial dan video jenama bagi Sukan SEA Kuala Lumpur dilancarkan hari ini (16 Jul).

Menteri Sukan Malaysia menggesa orang ramai supaya membeli tiket dengan segera kerana tiket-tiket hampir habis dijual.

Sukan SEA bermula pada 19 Ogos. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top