Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan ketika balik ke penjara

Konvoi kereta dan van yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau sedang dipindahkan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan ketika balik ke penjara

Gambar fail Anwar Ibrahim. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2017 10:04PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 10:15PM

KUALA LUMPUR: Konvoi kereta dan van yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau sedang dipindahkan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi (22 Sep).

Peguamnya R. Sivarasa berkata Anwar bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian yang berlaku di persimpangan trafik berdekatan Jalan Saujana Utama, Sungai Buloh pada 12.30 tengah hari. 

"Pegawai penjara yang memandu kereta yang membawa Anwar telah menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta pengiring melanggar kereta yang berada di hadapan.

"Kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat pelanggaran tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Encik Sivarasa berkata Anwar agak terkejut dengan kejadian itu dan beliau sudahpun diberikan ubat menahan sakit selepas menerima rawatan di Penjara Sungai Buloh.

Anwar dimasukkan ke HKL sejak 19 September selama empat hari untuk menjalani pemeriksaan berjadual.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan