Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angin ribut taufan Irma mula badai Florida

Taufan Irma kembali kuat hari ini (10 Sep) sedang ia mula melanda Florida, membadai pulau-pulau di daerah selatan dengan angin ribut dan mengancam tanah runtuh hanya dalam tempoh beberapa jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Angin ribut taufan Irma mula badai Florida

Pergerakan taufan Irma. (Gambar: NWS)

Diterbitkan : 10 Sep 2017 07:31PM Dikemas Kini : 10 Sep 2017 07:45PM

FLORIDA: Taufan Irma kembali kuat hari ini (10 Sep) sedang ia mula melanda Florida, membadai pulau-pulau di daerah selatan dengan angin ribut dan mengancam tanah runtuh hanya dalam tempoh beberapa jam.

Taufan Irma, sekencang 210 kilometer sejam, dinaikkan kepada Kategori Empat sedang ia menghampiri Florida Keys, menurut Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat.

Ini sedang lebih enam juta penduduk Florida - iaitu sepertiga penduduknya - diarahkan berpindah daripada rumah mereka sebelum taufan dahsyat itu tiba.

Angin ribut kini mula menderu di Florida Keys sedang taufan itu bergerak pada kelajuan sekitar 65 kilometer sejam di selatan tenggara Barat Florida Keys pada pukul 5.00 pagi waktu tempatan (Ahad, 5.00 petang waktu S'pura).

"Nampaknya taufan Irma akan membadai #FLKeys antara pukul 7.00 dengan 8.00 pagi" waktu tempatan, menurut catatan di laman Twitter Khidmat Cuaca Nasional (NWS).

"Semua orang di Florida Keys..Ini masanya untuk cari tempat perlindungan," bunyi amaran NWS.

"Angin ribut paling dahsyat akan melanda."

Bagi mereka yang masih berada di rumah, sudah agak terlambat untuk mereka menyelamatkan diri daripada taufan yang mungkin paling teruk di Florida, di mana hampir 300,000 bekalan tenaga yang terputus sudahpun dilaporkan.

Di Barat Florida Keys, polis sudah menyediakan "tempat perlindungan saat akhir" bagi mereka yang pada awalnya tidak mengendahkan arahan wajib pindah.

NWS menggesa penduduk Florida supaya memakai kasut yang sesuai dan berlindung di tingkat paling bawah di rumah mereka - jauh daripada tingkap - dan menggunakan barangan seperti helmet, tilam, bantal dan selimut untuk berlindung.

Taufan Irma dijangka melalui atau menghampiri Teluk barat daya Florida lewat hari ini sehingga esok (11 Sep).

Sekurang-kurangnya 25 orang maut sejak bermulanya taufan Irma awal minggu ini. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan