Images
  • kamarulazman
    Kamarulzaman Habibul Rahman adalah anggota majlis agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga salah seorang anggota pengasas parti berkenaan. 

Anggota pengasas parti Mahathir tarik diri; dakwa wujud kronisme dan pilih kasih

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pengasas parti yang ditubuhkan bekas anggota UMNO, termasuk mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamed, menarik diri daripada parti tersebut sambil mendakwa berlakunya kronisme dan pilih kasih dalam parti itu.

Kamarulzaman Habibul Rahman adalah anggota majlis agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga salah seorang anggota pengasas parti berkenaan.

Beliau juga sebahagian daripada kumpulan "ketua cawangan UMNO" yang melompat parti, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia, sebelum dikenakan tindakan disiplin kerana menyelar presiden parti dan Perdana Menteri Najib Razak.

Di satu sidang media hari ini (19 Apr), Kamarulazman mengumumkan rasa tidak puas hati terhadap parti baru itu, yang menurutnya, membantu untuk menubuhkannya.

"Ada di kalangan mereka yang sanggup mencalarkan nama baik orang yang benar-benar bertungkus-lumus untuk parti ini. Dan orang-orang inilah yang akhirnya dilantik dalam parti ini kerana mereka rapat dengan para pemimpin," katanya.

Minggu lalu, Pemangku Timbalan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata pintu terbuka bagi bekas anggota UMNO untuk menyertai semula parti itu.

Bagaimanapun, Kamarulzaman berkata keputusannya dibuat sebelum pengumuman tersebut.

Awal bulan ini, 500 anggota Bersatu berkata mereka akan menarik diri daripada parti itu, disebabkan rasa tidak puas hati dengan cara kepimpinan mantan DPM Muhyiddin Yassin dan anak Dr Mahathir, Mukhriz Mahathir.

Pilihan Raya Umum Malaysia dijangka akan diadakan menjelang 2018 tetapi terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum itu dalam masa beberapa bulan akan datang. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top
>