Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil, meninggal dunia

Salah seorang putera Sultan Johor, iaitu Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, meninggal dunia pada usia 25 tahun, malam ini tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil, meninggal dunia

Anak keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil, meninggal dunia malam ini tadi (5 Dis). (Gambar: Laman Facebook Tunku Jalil Official)

Diterbitkan : 05 Dec 2015 10:09PM Dikemas Kini : 05 Dec 2015 10:26PM

JOHOR: Salah seorang putera Sultan Johor, iaitu Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, meninggal dunia pada usia 25 tahun, malam ini tadi.

Tunku Abdul Jalil, yang juga bergelar Tunku Laksamana Johor, diberitakan mangkat sekitar jam 7.00 malam ini tadi (5 Dis) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Allahyarham ialah anak keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan sudah bertarung dengan penyakit barah hati tahap empat sejak Disember tahun lalu.

Berita sedih itu dikongsi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi yang kini sedang menjalani ibadah umrah di Makkah.

Perdana Menteri Najib Razak juga sudah mengesahkan berita tersebut dan menyampaikan ucapan takziah.

"Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah." Demikian bunyi ucapan takziah PM Najib.

Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Posted by Najib Razak on  Saturday, December 5, 2015

Laman Facebook Johor Southern Tigers juga memuat naik gambar mengucapkan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim,...

Posted by JOHOR Southern Tigers on  Saturday, December 5, 2015

Berita Harian Malaysia melaporkan Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim menjalani pembedahan di Guangzhou, China pada Disember tahun lalu dan dikatakan menerima rawatan di susulan di Singapura.

Beliau mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan polis selama sembilan bulan, sekali gus bergelar Inspektor.

Allahyarham Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat, menubuhkan Pertubuhan Barah Laksamana Johor sejak Ogos lalu.  

Sebelum ini, Sultan Johor pernah melahirkan rasa kecil hati setelah sebahagian pihak menyebarkan berita bahawa Tungku Abdul Jalil dalam keadaan tenat.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan