Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak gajah mati di lebuh raya Malaysia

Seekor anak gajah ditemui mati di tepi lebuh raya Malaysia pada Ahad (17 Jun), menurut kumpulan pemuliharaan hidupan liar, Pengurusan & Ekologi Gajah Malaysia (MEME).

Anggaran Waktu Membaca:
Anak gajah mati di lebuh raya Malaysia

Bangkai seekor anak gajah ditemui di sebuah lebuh raya di Malaysia. (Gambar: Management & Ecology of Malaysian Elephants)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 09:30AM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 09:31AM

SINGAPURA: Seekor anak gajah ditemui mati di tepi lebuh raya Malaysia pada Ahad (17 Jun), menurut kumpulan pemuliharaan hidupan liar, Pengurusan & Ekologi Gajah Malaysia (MEME).

Dalam satu catatan Facebook, MEME menyatakan haiwan itu mati akibat sebuah kereta dan menggesa para pemandu supaya lebih berwaspada terhadap hidupan liar yang berkeliaran.

"Kami sedih melihat seekor anak gajah yang mati dilanggar sebuah kereta di Lebuh Raya Gerik-Jeli," kata Alicia Solana Mena daripada MEME.

"Para pemandu, harap dapat memperlahankan kenderaan anda apabila melihat hidupan liar melintas."

Lebuh raya di merata Malaysia dilengkapi dengan tanda amaran supaya para pemandu lebih berwaspada terhadap haiwan yang melintasi jalan raya. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan