Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak 5 tahun sering minta maaf, ingin masuk syurga, sebelum maut dalam kemalangan

Kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 271.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban petang Isnin (24 Apr), sering menyatakan hasratnya untuk masuk ke syurga sejak kebelakangan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak 5 tahun sering minta maaf, ingin masuk syurga, sebelum maut dalam kemalangan

Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban pada petang Isnin. (Gambar: Info Kemalangan & Bencana Malaysia/ Facebook)

Diterbitkan : 26 Apr 2017 01:25AM Dikemas Kini : 26 Apr 2017 02:50AM

SEREMBAN: Kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 271.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban petang Isnin (24 Apr), sering menyatakan hasratnya untuk masuk ke syurga sejak kebelakangan ini.

Bapanya, Encik Walilah Abd Karim, 40, berkata anaknya Muhammad Wafiq Fitri Walilah, 5, juga sering meminta maaf kepada ibunya Sri Yulianty Mukhtaruddin, 34, sejak seminggu lalu dan membantu ibu dan neneknya membuat kerja rumah.

"Arwah kata perbuatan itu dapat membantunya untuk masuk ke syurga, saya tidak sangka perubahan sikapnya itu merupakan petanda bahawa dia akan pergi selama-lamanya meninggalkan kami," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Encik Walilah mengalami kecederaan di bahagian kepala, isterinya Sri Yulianty pula patah tulang rusuk kiri manakala seorang lagi anak mereka Puteri Wafiqah, 2, yang duduk di pangkuan isterinya, turut mengalami kecederaan.

Dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan tiga kereta itu, Muhammad Wafiq maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kereta.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang berada di lorong tengah dari arah Seremban menghala ke Nilai hilang kawalan dan terus melanggar belakang Honda BRV yang dinaiki empat sekeluarga berkenaan yang bergerak perlahan kerana trafik sesak.

Sebuah kereta Toyota Estima yang sebelum itu berada di hadapan bas berkenaan, sempat menukar haluan ke lorong kiri tetapi dilanggar di bahagian belakang, oleh sebuah kereta jenis Mercedez yang berada di lorong itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Supt Md Dali Wahid berkata pemandu bas berusia 58 tahun yang berasal dari Melaka itu, sudahpun ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

"Kita juga sudah mengambil sampel darah pemandu ini untuk kita kenal pasti sama ada dia di bawah pengaruh dadah atau tidak," katanya. 

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan