Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amuk ditegur isteri: Bayi terima 13 jahitan di kepala selepas leher dilibas bapa

Angkara cemburu, seorang wanita dan dua anak masing-masing berusia setahun dan lima tahun cedera dilibas suami menggunakan pisau pemotong sayur, dalam kejadian di Tehel, Bemban lewat pagi Isnin.

Anggaran Waktu Membaca:
Amuk ditegur isteri: Bayi terima 13 jahitan di kepala selepas leher dilibas bapa

Gambar fail.

Diterbitkan : 12 Dec 2017 10:58PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 11:04PM

JASIN: Angkara cemburu, seorang wanita dan dua anak masing-masing berusia setahun dan lima tahun cedera dilibas suami menggunakan pisau pemotong sayur, dalam kejadian di Tehel, Bemban lewat pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Jasin, timbalan Superintendan Arshad Abu berkata berlaku pertengkaran di antara suspek yang berusia 33 tahun dan isterinya sebelum insiden itu bertukar menjadi peristiwa berdarah dalam kejadian sekitar 3.00 pagi tadi.

Dalam petikan laporan Astro Awani, Encik Arshad berkata suspek bertindak demikian selepas ditegur isterinya yang tidak berpuas hati selepas suaminya sudah dua minggu tidak bekerja selain menagih dadah.

Semasa kejadian, wanita berusia 27 tahun itu sedang mendukung salah seorang anaknya di ruang tamu rumah sebelum suspek yang berang bertindak mengambil pisau di dapur dan melibas senjata berkenaan ke arah isteri dan anak-anaknya.

Namun, seperti ditukil Astro Awani, setelah melihat keadaan isteri dan anaknya yang cedera, suspek menghubungi ibu mertuanya untuk datang dan membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.

Akibat tindakan lelaki berkenaan, wanita itu mengalami kecederaan di kedua-dua belah lutut, jari serta kepala dan menerima 17 jahitan.

Sementara itu, anaknya yang berusia lima tahun mengalami kecederaan di perut dan seorang lagi cedera di kepala serta leher dan menerima 13 jahitan.

Tambah Encik Arshad, suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis sekitar 2.30 petang tadi di hadapan sebuah hotel di bandar raya Melaka.

Ujian air kencing ke atas suspek, menurut Astro Awani, didapati positif dadah dan pihak polis sedang mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Jasin pada esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan