Images
  • malaysia police
    Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Amuk di balai polis, bekas mekanik dijel 3 bulan

PETALING JAYA: Akibat mengamuk di kantin ibu pejabat polis, seorang lelaki dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman itu pada Isnin (11 Sep) terhadap Hussin Mohd Yusoff, 36 tahun, selepas dia mengaku bersalah merusuh dan berkelakuan tidak senonoh di balai polis itu dengan menjerit dan menghentak meja makan di kantin itu.

Mahkamah memerintahkan bekas mekanik itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 7 Sept lalu.

Dia melakukan kesalahan itu di IPD Petaling Jaya pada 7 Sep, 4.30 petang, yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM500 (S$160) atau kedua-duanya.

Awal dari itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia baru berpisah dengan isterinya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon hukuman berat berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengamuk dan membuat kecoh di kantin IPD itu secara tiba-tiba dengan menjerit serta menghentak meja makan sebelum ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ.

- BERNAMA/NA/na

Komen Anda?

Top