Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika tegaskan, serangan ke atas Jepun sama seperti menyerang AS

Amerika Syarikat memberi amaran, serangan yang dilancarkan oleh Korea Utara ke atas Amerika atau Jepun akan dianggap sama seperti serangan ke atas kedua-dua negara sekutu itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Aug 2017 06:54PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 12:01AM

TOKYO: Amerika Syarikat memberi amaran, serangan yang dilancarkan oleh Korea Utara ke atas Amerika atau Jepun akan dianggap sama seperti serangan ke atas kedua-dua negara sekutu itu.

Pengerusi Ketua Turus Tentera Bersama Amerika, Joseph Dunford yang sedang melawat Tokyo berkata demikian semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jepun.

Kedua-dua pihak bersetuju meningkatkan kerjasama untuk mengukuhkan sistem pertahanan peluru berpandu bagi menangani ancaman Korea Utara.

Pengumuman itu dibuat sedang Setiausaha Pertahanan Amerika James Mattis pula memberi amaran, Korea Utara akan menghadapi tindak balas ketenteraan yang hebat jika ia meneruskan program senjatanya.

Namun, walaupun Amerika dan sekutu-sekutunya bersedia mengambil tindakan ketenteraan, Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata, huraian diplomatik masih lagi satu pilihan yang diinginkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan