Images
  • china president
    Presiden China Xi Jinping menghadiri sidang media di Berlin, Jerman. (Gambar: REUTERS/Fabrizio Bensch/File Photo)

Amerika, China ulangi komitmen jadikan Semenanjung Korea bebas nuklear

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan China mengulangi komitmen bersama untuk menjadikan Semenanjung Korea bebas nuklear.

Dalam perbualan telefon mereka, Presiden Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping menegaskan, ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan ke atas Pyongyang adalah langkah penting ke arah mencapai keamanan dan kemantapan di Semenanjung Korea.

Perbualan telefon itu dibuat selepas Encik Trump mengeluarkan ancaman terbaru kepada Pyongyang bahawa tentera Amerika "sudah bersedia untuk melancarkan serangan."

Pertikaman lidah antara Washington dengan Pyongyang itu semakin membimbangkan masyarakat antarabangsa.

Jerman berkata tindakan ketenteraan bukan cara menghuraikan krisis tersebut.

Sementara Rusia pula memberi amaran, risiko meningkatnya ketegangan adalah "amat tinggi."

- BERITAMediacorp/MM/ru

Komen Anda?

Top