Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amah diberkas kerana siarkan video kanak-kanak mandi di Facebook

Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan atas dakwaan menyiarkan kandungan pornografi kanak-kanak di Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
Amah diberkas kerana siarkan video kanak-kanak mandi di Facebook

Gambar petikan skrin video yang disiarkan pembantu rumah. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 05 Dec 2017 08:10PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 08:12PM

HONG KONG: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan atas dakwaan menyiarkan kandungan pornografi kanak-kanak di Hong Kong.

Menurut laporan South China Morning Post, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan menyiarkan video secara langsung di laman media sosial tersebut, menunjukkan dia sedang memandikan tiga kanak-kanak yang tidak berpakaian.

Kanak-kanak yang terlibat berusia antara tujuh hingga lapan tahun.

Dalam video selama 17 minit itu, salah seorang kanak-kanak meminta agar tidak dirakam video mereka sedang mandi, namun permintaan mereka tidak diendahkan pembantu rumah tersebut, menurut laporan South China Morning Post.

Video berkenaan kemudiannya dimuat naik ke akaun Facebook wanita berkenaan tetapi ia ditarik balik semalam (4 Dis). Ibu bapa kanak-kanak tersebut membuat aduan polis selepas mendapat tahu video itu disiarkan.

Menurut laporan South China Morning post, pengerusi Persatuan Ejen Pekerjaan Hong Kong, Cheung Kit-man, mengatakan pembantu rumah tersebut mungkin tidak tahu bahawa dia melanggar undang-undang.

Beliau turut mengatakan bahawa sebelum mula pekerjaan mereka, pembantu rumah selalunya menerima latihan daripada ejen-ejen mereka dan diberikan taklimat mengenai perkara yang boleh dilakukan dan dilarang semasa bekerja di dalam rumah, termasuk had mengambil gambar atau merakam video kanak-kanak.

Di bawah undang-undang Hong Kong, sesiapa yang didapati bersalah menyiarkan pornografi kanak-kanak berdepan hukuman maksimum lapan tahun atau denda maksimum HK$2 juta (S$340,000). 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan