Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Akhirnya, tentera Iraq tawan semula Rawa, bandar terakhir dalam genggaman ISIS

Tentera Iraq berjaya menawan semula bandar Rawa hari ini (17 Nov), bandar terakhir yang menjadi kubu ISIS di Iraq yang bersempadan dengan Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Akhirnya, tentera Iraq tawan semula Rawa, bandar terakhir dalam genggaman ISIS

Bendera ISIS. (Gambar hiasan: DADO RUVIC/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Nov 2017 11:04PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 11:05PM

RAWA: Tentera Iraq berjaya menawan semula bandar Rawa hari ini (17 Nov), bandar terakhir yang menjadi kubu ISIS di Iraq yang bersempadan dengan Syria.

Serangan tentera Iraq dilakukan dengan pantas pada awal pagi tadi serentak dengan serangan ke atas militan ISIS yang dilakukan di bandar Albu Kamal di Syria buat dua hari berturut-turut.

ISIS kini hilang 95 peratus khilafah atau wilayahnya yang merangkumi sebahagian kawasan Syria dan Iraq, menurut pasukan yang diterajui Amerika Syarikat.

Tentera pemerintah dan unit-unit separa tentera berjaya "membebaskan seluruh Rawa dan menebarkan bendera Iraq di semua bangunan-bangunan pemerintah," kata Jeneral Abdelamir Yarallah, Kawalan Operasi Bersama (JOC) Iraq dalam kenyataannya.

Perdana Menteri Haider al-Abadi menyifatkan kemenangan itu sebagai "pembebasan dalam masa rekod" dan pasukan tentera kini akan "melakukan operasi memburu di padang pasir untuk mengetatkan keselamatan di sempadan Syria."

"Secara ketenteraan, ISIS sudahpun dikalahkan tetapi kami akan terus memburu dan menghapuskan kehadirannya," kata jurucakap JOC Jeneral Yahya Rassoul.  

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan