Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AirAsia X dibenarkan terbang ke Amerika Syarikat

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X, sudah menerima kebenaran dari Penguasa Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk melakukan penerbangan ke Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia X dibenarkan terbang ke Amerika Syarikat

Pesawat AirAsia X. (Gambar fail: AFP/AirAsia X)

Diterbitkan : 24 Jan 2017 03:20PM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 04:00PM

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X, sudah menerima kebenaran dari Penguasa Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk melakukan penerbangan ke Amerika Syarikat.

Demikian menurut AirAsia X dalam satu kenyataan hari ini (24 Jan).

Ia menambah bahawa ia adalah "syarikat penerbangan tambang murah Asia yang pertama mendapat kelulusan untuk mengendalikan penerbangan-penerbangan penumpang yang dijadualkan ke AS."

Syarikat itu menyatakan ia sedang menimbangkan penerbangan ke beberapa negeri AS, termasuk Hawaii, sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mengembangkan laluan penerbangannya.

"Ini detik bersejarah bagi AirAsia X. Pengembangan kami hingga sekarang tertumpu kepada Asia, Australia dan Timur Tengah, dan kami amat teruja dengan langkah pertama kami menceburi pasaran baru, sedang kami melihat menjangkaui Asia Pasifik," kata CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan