Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AirAsia tawarkan pampasan awal $32,000 bagi setiap penumpang QZ8501

AirAsia menawarkan $32,000 seorang bagi setiap penumpang pesawat QZ8501 sebagai pampasan awal.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia tawarkan pampasan awal $32,000 bagi setiap penumpang QZ8501

Kakitangan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia mengangkat kerusi-kerusi milik pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa, di lapangan terbang Pangkalan Bun, Indonesia, pada 5 Januari 2015. (Gambar: AP/Tatan Syuflana)

Diterbitkan : 06 Jan 2015 12:48PM Dikemas Kini : 08 Jan 2015 02:45AM

JAKARTA: AirAsia menawarkan $32,000 seorang bagi setiap penumpang pesawat QZ8501 sebagai pampasan awal. Demikian menurut laporan Wall Street Journal dan Riau Pos.

Wall Street Journal, menukil Encik David Theja-kusuma yang kehilangan tujuh anggota keluarganya dalam nahas itu sebagai berkata, syarikat tambang murah itu menawarkan jumlah pampasan itu untuk setiap anggota keluarganya, termasuk ibu dan kakaknya.

Surat tawaran bertarikh 2 Januari itu menyatakan, pampasan awal akan diberikan kepada keluarga mangsa sebagai sebahagian daripada pampasan keseluruhan yang akan ditawarkan kelak.

Kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas bersama 162 penumpang dan anak kapal di Laut Jawa, masih belum ditemui, sungguhpun usaha mencari dan menyelamat besar-besaran telah dilakukan sepanjang 10 hari lalu.

Sejauh ini, pasukan itu sudah menemui 37 mayat, di samping mengesan lima objek besar yang dipercayai adalah serpihan bangkai pesawat.

Sebanyak 13 mayat sudahpun dikenal pasti, sementara 24 yang lain sukar dikenali kerana keadaannya yang reput.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan