Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli politik M'sia tawar ribuan dolar bagi 'esei terbaik' kutuk pemimpin

Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menawarkan ganjaran wang tunai lebih tinggi kepada sesiapa yang boleh menulis esei terbaik untuk membuktikan Lim Kit Siang dari DAP adalah seorang yang "rasis, anti-Islam, anti-Melayu dan diktator."

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli politik M'sia tawar ribuan dolar bagi 'esei terbaik' kutuk pemimpin

Encik Annuar Musa. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa kini menawarkan ganjaran wang tunai lebih tinggi kepada sesiapa yang boleh menulis esei terbaik untuk membuktikan Lim Kit Siang dari DAP adalah seorang yang "rasis, anti-Islam, anti-Melayu dan diktator."

Ganjaran wang tunai yang ditawarkannya kini mencecah RM50,000 (S$15,816), meningkat berbanding RM10,000 (S$3,163) yang ditawarkannya sebelum ini.

Tan Sri Annuar, yang juga Anggota Parlimen Ketereh, memulakan tawaran itu sebagai respons kepada komen-komen Lim yang memanggilnya "bapa rasis" dan "memalukan Islam" semasa satu sidang media kelmarin.

Sebagai respons, Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota DAP, menawarkan RM10,000 bagi "esei terbaik tentang Najib Razak merupakan PM terburuk dalam sejarah negara ini."

"Peserta mesti amat terus-terang dalam menampilkan kegagalan-kegagalan PM dan perwatakan sebenarnya," tulis Datuk Zaid di Facebook.

"Tentunya, ketika melakukan demikian, anda mungkin akan dihadapkan di mahkamah."

Para anggota DAP sudah memfailkan aduan polis terhadap tawaran Tan Sri Annuar itu, dan berkata ia mencetuskan kebencian serta mengancam keselamatan AP berusia 76 tahun dari parti majoriti bangsa Cina itu.

Tarikh akhir tawaran Tan Sri Annuar itu ialah 30 Mei, namun belum ada tarikh akhir ditetapkan bagi tawaran Datuk Zaid. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan