Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Adoi! Zakar tersendat pada besi angkat berat; perlu 3 jam untuk dibebaskan

Dalam kalangan kita, pasti ada sahaja kaum lelaki yang giat mengangkat berat di gim.

Anggaran Waktu Membaca:
Adoi! Zakar tersendat pada besi angkat berat; perlu 3 jam untuk dibebaskan

Anggota bomba membebaskan zakar seorang lelaki dengan cara memotong besi itu selepas tiga jam. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 19 Sep 2017 12:29AM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 12:33AM

WORMS, JERMAN: Dalam kalangan kita, pasti ada sahaja kaum lelaki yang giat mengangkat berat di gim.

Bagaimanapun, bagi seorang lelaki ini, beliau begitu terbawa-bawa dalam senaman di gim- sehingga zakarnya tersendat!

Menurut Mirror UK, pasukan bomba memberi amaran selepas pihaknya dikerahkan ke hospital untuk membebaskan seorang lelaki, di mana zakarnya terselit dalam lubang di tengah-tengah plat angkat berat gim seberat 2.5 kilogram pada Jumaat (15 Sep).

Malah, lelaki tersebut terpaksa ‘menanggung malu’ untuk ke hospital dengan besi berat di sekeliling zakarnya.

Beliau kemudian, seperti ditukil Mirror UK, juga harus menahan sakit apabila anggota bomba cuba membebaskannya dengan cara memotong besi itu - selepas tiga jam!

Tidak dapat dipastikan sama ada zakar lelaki itu terjejas dengan teruk oleh insiden tersebut, menurut Mirror UK.

Bagaimanapun, pasukan bomba sempat menulis di laman Facebook: “Jangan meniru tindakan sedemikian!” Mungkin ini boleh dikatakan sebagai, ‘berat mata memandang, berat lagi zakar yang memikul’. Adoi! 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan