Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ada sesiapa hilang gigi palsu?

Pencarian pemilik gigi palsu itu masih dijalankan tetapi pengguna laman media sosial itu bergurau dan berkata ia mungkin adalah kisah Cinderella versi bandar Skegness.

Anggaran Waktu Membaca:
Ada sesiapa hilang gigi palsu?

Gigi palsu yang dijumpai seorang pengguna Facebook. (Gambar: Laman Facebook)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 10:57PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 10:58PM

BRITAIN: Jika media sosial sering dijadikan wadah untuk memasarkan sesuatu, mungkin iklan kali ini berbeza sekali!

Seorang wanita di Lincolnshire terkejut melihat satu set gigi palsu dilekatkan di sebatang pokok dengan nota yang bertulis: "Ada sesiapa hilang gigi?"

Lois Slocombe menemui gigi palsu yang diletak di dalam sebuah beg kalis air dan dilekatkan pada sebatang pokok di Hoylake Drive, Skegness.

Menurut laporan mStar Online, walaupun merasakan penemuan itu aneh, tetapi Slocombe membuat keputusan untuk membantu pemilik gigi palsu itu dengan memuat naik gambar dan nota itu ke laman Facebook ‘Skegness Skegness Skegness’.

“Saya tidak tahu siapa yang meletakkannya di situ, tetapi tentunya bukan saya.

“Ia ada di pokok berdekatan tempat tinggal saya. Saya menyedarinya pada sebelah petang dan merasakan ia agak aneh.

“Tetapi apabila memikirkan seseorang yang bersusah payah meletakkannya di situ, saya ingin menolong.

“Selepas saya memuat naik ke laman Facebook, ramai yang bergurau mengenainya tetapi masih tiada yang membuat pengakuan,” kata Slocombe yang ditukil mStar Online.

Pencarian pemilik gigi palsu itu masih dijalankan tetapi pengguna laman media sosial itu bergurau dan berkata ia mungkin adalah kisah Cinderella versi bandar Skegness.

"Tidak pernah melihat iklan seperti ini, ia seolah-olah seperti kisah kasut Cinderella," tulis Rickydawn Kent.

Rachael Swish pula berkata: "Ini adalah versi Skegness mengenai sesiapa yang muat ‘selipar’ itu."

Ada juga pengguna Facebook yang bergurau sambil memberitahu rakan mereka bahawa gigi palsu yang hilang sudah ditemui. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan