Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abdullah Badawi: Saya tahu tentang forex RCI

Tun Abdullah Ahmad Badawi berteka-teki apabila ditanya mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara melalui aktiviti dagangan mata wang asing (forex) sekitar dua dekad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Abdullah Badawi: Saya tahu tentang forex RCI

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube/ KiniTV)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 08:45AM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 08:54AM

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi berteka-teki apabila ditanya mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara melalui aktiviti dagangan mata wang asing (forex) sekitar dua dekad lalu.

Bagaimanapun, seperti dipetik Malaysiakini, mantan perdana menteri itu enggan memberi penjelasan lanjut atau menjawab soalan lain yang diajukan kepadanya.

"Saya tak payah komen, tak perlu lagilah. Saya tahu," katanya apabila ditanya sama ada RCI itu - yang diumumkan penubuhannya pada 18 Julai lalu - sebagai senjata politik ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut tukilan laporan Malaysiakini, semasa ditanya lagi sama ada beliau mengetahui apa yang sebenarnya mengenai suruhanjaya berkenaan, Encik Abdullah menjawab: "Kami tahu, kami tahu.. Saya sudah (bersara) lama. Tak ada keperluan (untuk saya) bercakap lebih lanjut."

Encik Abdullah yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Pak Lah dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir pada 2003.

Bagaimanapun, di sebalik pertukaran itu, Dr Mahathir kemudian memainkan peranan penting dalam mengetepikan Encik Abdullah supaya digantikan pula oleh Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Najib kemudian menjadi perdana menteri pada 2009.

Seperti dipetik Malaysiakini, selepas menjadi presiden dan perdana menteri selama 22 tahun, Dr Mahathir kini menjadi seorang daripada watak terpenting dalam pembangkang bagi mengalahkan BN melalui Pakatan Harapan.

Kerugian dialami Bank Negara itu berlaku pada 1990-an ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Penubuhan RCI itu dianggap sesetengah pihak sebagai bermotifkan politik, selain mengalih perhatian orang ramai daripada isu 1MDB yang dikaitkan secara langsung dengan Najib.

Encik Abdullah ditemui media selepas menghadiri majlis menanam pokok di parlimen hari ini. Beliau turut ditemani isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan