Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Abang' kucing peliharaan yang setia mati 2 minggu selepas tuannya

'Abang' yang sebelum ini seekor kucing yang manja dan nakal tiba-tiba berubah dan lebih suka menyendiri. Malah makan dan minum pun tidak diendahkan lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
'Abang' kucing peliharaan yang setia mati 2 minggu selepas tuannya

'Abang' di kubur tuannya. (Gambar-gambar: Azreen MJ/Facebook)

Diterbitkan : 15 May 2017 12:19AM Dikemas Kini : 15 May 2017 12:24AM

MALAYSIA: Kisah-kisah tentang kesetiaan haiwan peliharaan seperti kucing sudah biasa kita dengar. Ini satu lagi kisah kucing peliharaan yang begitu menyentuh hati.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Azreen MJ berkongsi cerita kucing peliharaan arwah bapanya.

Menurut catatan Azreen MJ, setelah pemergian bapanya sekitar dua minggu lalu, kucing peliharaan yang diberi nama 'Abang' begitu terkesan.

'Abang' yang sebelum ini seekor kucing yang manja dan nakal tiba-tiba berubah dan lebih suka menyendiri. Malah makan dan minum pun tidak diendahkan lagi.

Tambah memilukan, hampir dua minggu ia tidak bersuara, namun sebaik diberitahu ia akan dibawa ke kubur bapa Azreen MJ, atau dikenali sebagai 'Atuk', ia langsung mengiau.

Pada 10 Mei, tanpa perlu didukung mahupun diarahkan, 'Abang' tahu mencari jalan sedangkan ia tidak pernah ke kubur Allahyarham.

"Ia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium pusara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu."

Pada malam yang sama, 'Abang' pula kembali menghadap Ilahi, genap dua minggu setelah pemergian tuannya.

"Nanti kat sana abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik-adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bang," kata Azreen MJ mengakhiri catatannya.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan