Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 mayat ditemui dalam kejadian bot karam di Mersing

Sembilan warga asing ditemui mati lemas, manakala dua terselamat, dalam kejadian bot karam di perairan Tanjung Rhu hari ini (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
9 mayat ditemui dalam kejadian bot karam di Mersing

Bot yang karam dekat Mersing, Johor dipercayai membawa 40 pendatang haram. (Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

Diterbitkan : 23 Jan 2017 06:52PM Dikemas Kini : 23 Jan 2017 06:57PM

MERSING: Sembilan warga asing ditemui mati lemas, manakala dua terselamat, dalam kejadian bot karam di perairan Tanjung Rhu hari ini (23 Jan).

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Cyril Edward Nuing berkata sembilan mayat yang terdiri daripada tiga lelaki dan enam wanita itu dijumpai terdampar di pantai berhampiran.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 4.00 pagi tadi, bot berkenaan dipercayai dinaiki 40 orang dari Batam, Indonesia untuk memasuki Malaysia sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.

Katanya dua mangsa pula ditemui selamat terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 28 dan 20 tahun.

"Kami percaya ada lagi yang terselamat dan sudah melarikan diri," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mangsa yang terselamat dihantar ke Klinik Kesihatan Tenggaroh untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya anggota polis, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tragedi berkenaan.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan