Images
  • arizona helicopter
    15 orang berada di tempat berenang Cold Springs itu apabila banjir kilat melanda.

9 maut dalam banjir kilat di Arizona

PAYSON: Sekurang-kurangnya sembilan orang mati dalam kejadian banjir kilat di sebuah kawasan berenang popular di Taman Negara Tonto.

Insiden itu berlaku pada petang kelmarin.

Pihak berkuasa menyatakan 15 orang berada di tempat berenang Cold Springs itu apabila banjir kilat melanda.

Air banjir itu juga datang dari kawasan hutan yang terbakar pada Jun lalu.

Wilayah Arizona mengalami ribut monsun pada Sabtu lalu yang turut menyebabkan hujan lebat serta hujan air batu.

- CNA/im

Komen Anda?

Top