Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 anak kapal Tentera Laut Diraja M'sia ditemui selamat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua sembilan anak kapal KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang dilaporkan terputus hubungan sejak Sabtu lalu, ditemui dalam keadaan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
9 anak kapal Tentera Laut Diraja M'sia ditemui selamat

Gambar fail bot Tentera Laut Diraja Malaysia. (Gambar: TLDM melalui New Straits Times/ TODAY)

Diterbitkan : 23 May 2017 04:09PM Dikemas Kini : 23 May 2017 04:11PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua sembilan anak kapal KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang dilaporkan terputus hubungan sejak Sabtu lalu, ditemui dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kesemua sembilan anak kapal KD Perdana telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

"Syabas kepada pasukan mencari dan menyelamat dan terima kasih kepada semua yang memberi bantuan," kata Najib melalui catatan di Facebook.

Awal dari itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan bot KD Perdana itu berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan.

Bot yang dinaiki sembilan orang itu dikesan pesawat ''Beechcraft'' milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awal oleh sebuah kapal dagang.

Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili pada Sabtu lalu.

TLDM dalam kenyataan semalam (22 Mei) menyatakan bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota yang melaksanakan rondaan rutin di kawasan perairan negara.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan