Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 wanita Mesir dilarang sampaikan berita TV kerana "gemuk"

Lapan penyampai berita wanita di Mesir daripada muncul di kaca televisyen selama sebulan, dengan alasan berat badan mereka berlebihan. Ini disahkan oleh laman berita Al-Ahram yang dimiliki pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
8 wanita Mesir dilarang sampaikan berita TV kerana "gemuk"

Gambar hiasan penyampai berita TV Mesir. (Gambar: YouTube/Will News)

Diterbitkan : 18 Aug 2016 10:27PM Dikemas Kini : 18 Aug 2016 10:46PM

KAHERAH: Lapan penyampai berita wanita di Mesir daripada muncul di kaca televisyen selama sebulan, dengan alasan berat badan mereka berlebihan.

Ini disahkan oleh laman berita Al-Ahram yang dimiliki pemerintah.

Safaa Hegazy, pengarah radio dan televisyen yang dikendalikan pemerintah, mengarahkan kesemua wanita tersebut supaya menjalani diet sepanjang penggantungan sementara itu. Beliau mengumumkan larangan tersebut awal minggu ini, menurut laman BBC.

Sebelum ini, kebanyakan wartawan Mesir terpaksa menjaga tutur kata dan melembutkan nada liputan mereka sejak tigak tahun lalu hanya untuk terus menjaga periuk nasi mereka di bawah pemerintah yang dikuasai tentera.

"TIDAK ADIL", "MENGHINA"

Khadija Khatab, salah seorang daripada lapan penyampai berita yang dilarang itu berkata, beliau belum menerima pemberitahuan rasmi berhubung arahan Cik Safaa. Namun beliau menambah bahawa beliau baru-baru ini diberitahu bahawa "langkah-langkah akan diambil terhadap" mereka yang gagal menurunkan berat badan menjelang pertengahan September, menurut satu wawancara yang diadakan secara privet di sebuah stesen televisyen.

Cik Khadija berkata beliau berkecil hati kerana liputan mengenai masalah beliau termasuk perkataan-perkataan seperti "gemuk" dan ini beliau sifatkan sebagai "tidak adil" dan "menghina".

Beliau juga berkata bahawa gambar-gambarnya yang tersebar dan menjadi bahan ejekan di lelaman internet dan media sosial adalah gambar lama dan berat badannya kini sudahpun berkurangan, menurut laporan BBC.

"Saya yakin bahawa saya seperti wanita Mesir yang lain kelihatan normal dan saya tidak memakai solekan yang terlalu tebal," kata Cik Khadija, sambil mencabar orang ramai supaya membuktikan sebaliknya.

RAMAI SETUJU PENYAMPAI TURUNKAN BERAT BADAN

Malangnya, ramai juga yang menyahut cabarannya itu.

Alaa el-Sadani, seorang pengulas bagi Al-Ahram berkata, bahawa beliau "geli dan jijik" dengan penampilan kesemua lapan penyampai berita tersebut dan beliau yakin penduduk lain di negara itu bersetuju dengannya.

Fatma al-Sharawi, seorang penulis di Al-Ahram, menyambut baik tindakan itu sebagai salah satu cara mempertingkat rating saluran-saluran televisyen di negara itu.

"Adakah larangan terhadap lapan orang mencukupi?" tanya beliau.

Jumlah penonton bagi stesen televisyen di negara itu, yang sudah lama dianggap sebagai berat sebelah oleh rakyat Mesir, merosot dengan ketara setelah Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011.

STESEN TV TIDAK ADA KEWIBAWAAN

"Mereka tidak memahami bahawa rakyat tidak menonton kerana tidak ada kewibawaan, kemahiran mahupun mutu," menurut Mostafa Shawky yang memperjuangkan kebebasan media di Persatuan bagi Kebebasan Fikiran dan Suara.

"Ia tiada kaitan dengan penampilan. Namun tindakan mereka itu menunjukkan bahawa mereka tidak menghiraukan tentang kemahiran," tambah beliau.

Menurut Encik Mostafa, penggantungan itu menguatkan lagi tanggapan meluas di Mesir bahawa hanya wanita yang memenuhi kriteria tertentu kecantikan yang boleh bekerja dalam bidang kewartawanan, lapor BBC.

"Malah, dengan tindakan sedemikian diambil oleh kaum wanita sendiri membuatkannya lebih teruk," katanya.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan