Images
  • iran woman
    Antara wanita yang menyamar menjadi lelaki untuk menonton perlawanan bola sepak. (Gambar: Twitter)

8 wanita ditangkap di Iran kerana menyamar sebagai lelaki untuk tonton bola sepak

IRAN: Lapan wanita ditangkap di Iran kerana berpakaian seperti lelaki supaya mereka boleh menonton sebuah perlawan bola sepak.

Undang-undang syariah di negara itu mengharamkan kaum wanita daripada menyaksikan perlawanan secara langsung di mana kaum lelaki juga turut menjadi antara penonton. Kelapan-lapan mereka ditahan di Staidum Azadi, Tehran.

Mereka cuba menyamar bagi menonton perlawanan antara Esteghlal FC menentang Persepolis FC pada 12 Februari lalu, tetapi kini berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Keselamatan bandar Tehran Alireza Adeli berkata ini bukan kali pertama perkara sebegitu berlaku.

Beliau memberitahu agensi Memri: “Pengharaman itu bertujuan untuk menjaga maruah mereka kerana sekitaran, kekecohan dan orang ramai di stadium bukan tempat yang baik untuk mereka.”

“Kaum wanita yang ingin menonton perlawanan boleh buat sedemikian di TV, yang menyiarkan perlawanan itu dan memberi semua orang peluang untuk menyaksikannya secara langsung.”

Kelapan-lapan wanita itu kini akan dikenakan dakwaan di mahkamah.

Menurut laporan Daily Mail, selain mengharamkan kaum wanita ke stadium bola sepak, undang-undang ketat Iran juga diluaskan kepada melarang kaum wanit berbasikal di tempat awam.

Ketua kerohanian tertinggi Iran, Ali Khamenei baru-baru ini mengeluarkan fatwa melarang wanita berbasikal di tempat awam dengan mengatakan ia akan menarik perhatian kaum lelaki maka ia diharamkan.

Antara tindakan lain di negara itu yang boleh membuat mereka ditahan termasuk memuat naik gambar tanpa berhijab dan video mereka menyanyi.

- Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top