Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 ditangkap atas serangan London, penyerang dipercayai bertindak sendirian

Lapan orang sudah ditangkap, termasuk di London dan Birmingham berhubung serangan pengganas di parlimen Britain, menurut polis hari ini (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2017 04:41PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 01:43AM

LONDON: Lapan orang sudah ditangkap, termasuk di London dan Birmingham berhubung serangan pengganas di parlimen Britain, menurut polis hari ini (23 Mac).

Polis juga menyemak bilangan mangsa korban dalam serangan itu kepada tiga orang daripada empat orang sebelum ini.

"Kami sudah menyerbu enam hartanah dan membuat tujuh penangkapan," kata pegawai anti-pengganasan paling kanan Britain, Mark Rowley kepada para wartawan di London.

Penangkapan-penangkapan itu dilakukan menyusuli "kegiatan polis di London, Birmingham dan tempat-tempat lain di negara ini," tambah Encik Rowley.

Angka korban yang disemak itu termasuk dua orang awam - seorang wanita berusia pertengahan 40-an tahun, seorang lelaki berusia pertengahan 50-an tahun - dan pegawai polis berusia 48 tahun yang ditikam di luar Parlimen, yang dikenal pasti malam semalam sebagai PC Keith Palmer.

Si penyerang juga mati setelah ditembak seorang pegawai polis.

"Kami masih percaya.. penyerang ini bertindak sendirian semalam dan tindakannya itu dirangsang oleh pengganasan antarabangsa," katanya.

Polis menyatakan mereka percaya mereka tahu identiti penyerang itu namun tidak akan mendedahkannya "di tahap sensitif siasatan kami ini."

Encik Rowley juga berkata 29 orang sedang dirawat di hospital. Polis hari ini menyatakan sekitar 40 orang cedera.

"Malangnya tujuh daripada mereka dalam keadaan kritikal," katanya.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan