Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

79 orang mungkin mati dalam kebakaran London

Kini, 79 orang terkorban ataupun hilang dan disyaki terkorban menyusuli kebakaran di sebuah bangunan di London minggu lalu, menurut pihak polis hari ini

Anggaran Waktu Membaca:
79 orang mungkin mati dalam kebakaran London

Gambar mereka yang hilang sewaktu kebakaran Menara Grenfell. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 10:17PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 10:19PM

LONDON: Kini, 79 orang terkorban ataupun hilang dan disyaki terkorban menyusuli kebakaran di sebuah bangunan di London minggu lalu, menurut pihak polis hari ini (19 Jun). Ini sedang warga Britain bertafakur seminit bagi memperingati mangsa-mangsa kebakaran.

"Pada pagi ini, dengan dukacita saya maklumkan terdapat 79 orang yang kami percaya terkorban, atau hilang yang berkemungkinan mati," komander polis Stuart Cundy memberitahu wartawan.

Polis sebelum ini memaklumkan angka mangsa yang mungkin terkorban mencecah 58 orang.

Beliau menyatakan hanya lima orang sahaja dapat dikenal pasti oleh pihak polis, selepas pegawai polis memberikan amaran bahawa terdapat beberapa mangsa tidak boleh dikenal pasti akibat keadaan jasad tersebut yang terbakar.

Encik Cundy mengatakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di bangunan setinggi 24 tingkat tersebut.

"Ini merupakan satu masa yang amat menyedihkan bagi anggota keluarga dan mereka boleh berpegang kepada komitmen kami bahawa kami akan melakukannya dengan segera," tambah beliau.

Encik Cundy berjanji akan melakukan siasatan yang "menyeluruh" terhadap kebakaran dan juga pengubahsuaian yang dijalankan kepada bangunan tersebut yang diselesaikan tahun lalu.

"Kami akan pergi ke mana bukti membawa kami," dan akan melakukan sedaya upaya "untuk memastikan sesiapa yang bertanggungjawab akan di bawa ke muka pengadilan," beliau menambah.

Encik Cundy juga memberikan amaran angka kematian 79 itu boleh meningkat naik.

"Saya percaya mungkin ada orang di bangunan Grenfell yang orang lain mungkin tidak tahu hilang atau tidak perasan mereka berada di dalam bangunan itu pada malam tersebut.

"Bagaimanapun, mungkin ada di kalangan mereka yang dapat melarikan diri daripada kebakaran tersebut dan entah kenapa belum memberitahu keluarga atau rakan mereka atau polis," ujar Encik Cundy lagi. 

Sumber : AFP/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan