Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

75 maut, 72,000 hilang rumah dalam bencana banjir Peru

Sekurang-kurangnya 75 jiwa terkorban di Peru akibat kejadian-kejadian banjir besar di seluruh negara itu sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 10:20PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:33PM

PERU: Sekurang-kurangnya 75 jiwa terkorban di Peru akibat kejadian-kejadian banjir besar di seluruh negara itu sejauh ini. Sekitar 72,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Peru menghadapi keadaan kritikal disebabkan fenomena El Nino yang membadai negara itu dengan hujan berterusan selama berminggu-minggu.

Pemerintahnya belum lagi mengisytiharkan keadaan darurat nasional, namun sekitar 800 daerah wilayah barat laut, termasuk ibu kota, diisytiharkan sebagai berdepan keadaan kecemasan.

Ratusan kilometer jalan raya tidak dapat dilalui akibat banjir atau kejadian tanah runtuh, manakala lebih 100 buah jambatan runtuh di merata Peru.

Dianggarkan hampir 600,000 orang terjejas dan lebih 119,000 bangunan mengalami kerosakan.

Para pengkaji cuaca menjangkakan hujan berterusan sehingga April ini.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan