Images
  • india hospital
    Seorang kakitangan hospital merawat seorang kanak-kanak yang dipercayai mengalami kekurangan bekalan oksigen. (Gambar: AFP/Sanjay Kanojia)

72 kanak-kanak India maut di hospital, dipercayai kekurangan bekalan oksigen

INDIA: Di utara India, sekurang-kurangnya 72 kanak-kanak maut di hospital pemerintah dalam tempoh enam hari.

Puncanya - kekurangan bekalan oksigen kerana hospital didakwa tidak membayar bil.

Ketua hospital di Uttar Pradesh itu digantung tugasnya.

Para ibu bapa mendakwa anak-anak mereka mati kerana kurang bekalan oksigen.

Mereka sebaliknya diberikan beg-beg pernafasan untuk membantu kanak-kanak itu bernafas.

Mengakui bekalan oksigen ke hospital berkenaan terjejas, para pegawai bagaimanapun menafikan ia sebagai punca kematian kanak-kanak itu.

Mereka menegaskan majoriti mangsa maut akibat penyakit radang otak.

Dan bakinya meninggal dunia atas sebab-sebab semula jadi yang tidak dinyatakan.

Pihak pembangkang menyalahkan parti BJP pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi yang memerintah.

Dan menuntut agar Menteri Kesihatan Uttar Pradesh meletak jawatan. 

- BERITAMediacorp/AA/ru

Komen Anda?

Top