Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 produk kosmetik dikesan kandungi bahan racun antaranya Qu Gebu AP Krim

Tujuh produk itu ialah Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream, menurut laporan Berita Harian Malaysia Online (BHM).

Anggaran Waktu Membaca:
7 produk kosmetik dikesan kandungi bahan racun antaranya Qu Gebu AP Krim

Qu Gebu AP Krim antara tujuh produk yang dikesan mengandungi bahan racun. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 27 May 2017 05:23AM Dikemas Kini : 27 May 2017 05:25AM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia membatalkan status notifikasi tujuh produk kosmetik selepas dikesan mengandungi bahan racun.

Tujuh produk itu ialah Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream, menurut laporan Berita Harian Malaysia Online (BHM).

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata Night Glow dan Qu Gebu AP Krim yang disahkan mengandungi hydrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu didaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat pakar kesihatan.

Katanya, produk kosmetik yang dicampur dengan bahan berkenaan akan menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, ketidakselesaan dan hipersensitif, tambah laporan BHM.

"Bagi lima lagi produk itu, ia mengandungi raksa yang boleh memudaratkan kesihatan kerana ia dibimbangi menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

"Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada raksa boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi raksa yang disapu pada kulit meruap dan dihidu," katanya yang ditukil BHM sebagai berkata demikian. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan