Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 anggota PBB gesa adakan sidang bagi bincangkan keganasan di Myanmar

Tujuh anggota Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meminta Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres supaya mengadakan mesyuarat khas minggu depan bagi membincangkan keganasan yang berterusan di Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
7 anggota PBB gesa adakan sidang bagi bincangkan keganasan di Myanmar

Sebuah rumah terbakar dalam keganasan di Myanmar. (Gambar: RETUERS/Soe Zeya Tun)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 07:46PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 08:00PM

NEW YORK: Tujuh anggota Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meminta Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres supaya mengadakan mesyuarat khas minggu depan bagi membincangkan keganasan yang berterusan di Myanmar.

Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan empat negara lain menggesa Encik Guterres supaya memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai kempen ketenteraan Myanmar ke atas Muslim Rohingya di wilayah Rakhine.

Majlis keselamatan menggesa supaya keganasan di Rakhine dihentikan namun pembanjiran orang-orang pelarian Rohingya berterusan sejak tindakan ketenteraan itu bermula hampir sebulan yang lalu.

Para diplomat mengatakan para anggota mungkin meluluskan satu ketetapan jika keadaan tidak berubah.

Namun ketetapan itu perlukan sokongan daripada sembilan anggota dan tiada undi pembatal daripada China dan Rusia.

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan