Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 warga China termasuk wanita, didakwa merusuh dan cederakan 4 anggota polis

Enam warga negara China termasuk seorang wanita hari ini (1 Nov) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan kekerasan bagi tujuan mendatangkan kecederaan terhadap empat anggota polis, Sabtu lalu (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
6 warga China termasuk wanita, didakwa merusuh dan cederakan 4 anggota polis

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2017 08:18PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 08:21PM

KUALA LUMPUR: Enam warga negara China termasuk seorang wanita hari ini (1 Nov) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan kekerasan bagi tujuan mendatangkan kecederaan terhadap empat anggota polis, Sabtu lalu (11 Nov).

Mereka ialah Zhao Jianzhong, 51 tahun; Cao Yong Jun, 45 tahun; Wu Yinhua, 26 tahun;  seorang wanita Zhu Suhong, 48 tahun; Zhang Jinping, 48 tahun dan Guo Jianhui, 51 tahun, kesemuanya bekerja di tapak pembinaan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap empat anggota polis dari Balai Polis Tun H.S. Lee pada jam 11.36 malam.

Peguam Dexter Chua, yang mewakili kesemua tertuduh, memohon jaminan dibenarkan dengan jumlah minimum atas alasan kesemua anak guamnya bersetuju menyerahkan pasport dan melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.

Hakim Siti Radziah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 (S$2,600) dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Mahkamah  menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan bahawa polis terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri apabila diserang sekumpulan lelaki warga China ketika membuat pemeriksaan setelah menerima maklumat bahawa pekerja kontrak tersebut berjudi di halaman rumah kongsi mereka.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan