Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 orang disyaki ada kaitan dengan ISIS diberkas di Sepanyol

Enam orang disyaki mempunyai kaitan dengan ISIS ditangkap di Sepanyol, Britain dan Jerman.

Anggaran Waktu Membaca:
6 orang disyaki ada kaitan dengan ISIS diberkas di Sepanyol

Gambar hiasan bendera ISIS. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo)

Diterbitkan : 28 Jun 2017 10:03PM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 10:04PM

EROPAH: Enam orang disyaki mempunyai kaitan dengan ISIS ditangkap di Sepanyol, Britain dan Jerman.

Ia menyusuli siasatan yang diketuai pihak berkuasa Sepanyol terhadap sebuah kumpulan militan yang giat mencari anggota-anggota baru.

Empat daripada mereka ditangkap di pulau Majorca, Sepanyol yang menjadi pangkalan kumpulan itu.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Sepanyol menyatakan kumpulan tersebut dipimpin seorang imam berusia 44 tahun yang ditangkap di Britain.

Ada waran tangkapan Eropah untuk imam itu.

Siasatan terhadap kumpulannya dimulakan dua tahun lalu selepas pihak berkuasa Sepanyol menemui video-video mengenai individu radikal yang dimuatnaik di internet.

Kumpulan tersebut mengadakan pertemuan sulit setiap minggu bagi golongan belia untuk meyakinkan mereka agar menyertai pertempuran ISIS.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan