Images
  • qatar stadium
    Stadium Khalifa di Doha, Qatar.

6 negara Arab tuntut Doha dilucut hak jadi tuan rumah Piala Dunia 2022

LONDON: Enam negara Arab yang bulan lalu memutuskan hubungan dengan Qatar, sudahpun menulis kepada badan bola sepak antarabangsa FIFA, menuntut agar Doha dilucutkan hak menjadi tuan rumah pertandingan Piala Dunia bola sepak pada 2022.

Mereka menuduh Qatar sebagai pangkalan pengganasan.

Laman internet Swiss "The Local" melaporkan Arab Saudi, Yaman, Mauritania, Amiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir telah membuat tuntutan bersama itu kepada FIFA.

Bagaimanapun FIFA dan presidennya dilaporkan belum menerima surat tuntutan itu.

Menurut sumber dari pemerintah Qatar, pihaknya sedar akan tuntutan negara-negara Arab itu tetapi belum juga menerima surat tersebut.

Qatar memenangi hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 yang akan diadakan pada bulan November dan Disember untuk mengelakkan cuaca yang terlalu panas.

- CNA/im

Komen Anda?

Top