Images
  • wallaby 2
    Anggota tentera SAF berjaga-jaga selepas mendarat daripada helikopter Chinook. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud) 

6 helikopter Super Puma digunakan askar RSAF dalam Latihan Wallaby

BERITAMediacorp: Enam helikopter Super Puma RSAF kini di Queensland, Australia sebagai sebahagian daripada Latihan Wallaby, yang melibatkan unit-unit tentera darat dan udara.

Pesawat tersebut adalah aset penting angkatan udara dan latihan di luar negara kritikal bagi askar-askar yang mengendalikannya.

Senjata api yang dibawa Super Puma seberat 40 kilogram boleh mengena sasaran sejauh 800 meter.

Itulah antara keupayaan helikopter ini yang dikerah RSAF untuk pelbagai operasi.

Semasa bencana tsunami di Aceh misalnya, pasukan Super Puma dikerah bagi misi kemanusiaan.

Peranan utama Super Puma dalam perang adalah mengangkut askar-askar ke medan perang.

Latihan di luar negara ini juga memberi peluang kepada askar-askar menjalani latihan dalam sekitaran yang realistik selain meningkatkan lagi keupayaan mereka.

Latihan sebegini agak sukar dilakukan di Singapura kerana kurangnya kawasan latihan menembak yang sesuai. 

- BERITAMediacorp/MM/aq

Komen Anda?

Top