Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

45 orang ditangkap dalam bantahan Paris setelah polis tembak mati lelaki China

Sepuluh orang ditangkap pada malam kedua bantahan di Paris menyusuli pembunuhan seorang ayah lima orang anak, oleh polis, dalam insiden yang turut mencetuskan ketegangan dengan Beijing.

Anggaran Waktu Membaca:
45 orang ditangkap dalam bantahan Paris setelah polis tembak mati lelaki China

Bantahan di Paris berhubung pembunuhan lelaki China kelmarin. (Gambar: SONIA BAKARIC / AFP)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 07:37PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 07:42PM

PARIS: Sepuluh orang ditangkap pada malam kedua bantahan di Paris menyusuli pembunuhan seorang ayah lima orang anak, oleh polis, dalam insiden yang turut mencetuskan ketegangan dengan Beijing.

Sekitar 400 anggota masyarakat Asia dan penyokong kumpulan anti-perkauman berhimpun di luar sebuah balai polis di timur laut ibu kota itu untuk sekali lagi mengutuk insiden menembak mati Shaoyo Liu, 56 tahun, di rumahnya kelmarin.

Mereka yang diberkas mencampakkan peluru-peluru, menurut polis, yang membawa jumlah penunjuk perasaan yang ditahan kepada 45, sejak pembunuhan tersebut, di mana ia turut mendorong pemerintah China untuk memfailkan aduan rasmi.

Polis menyatakan tiga pegawai dipanggil ke rumah lelaki tersebut di daerah ke-19 yang berbilang etnik itu di Paris pada petang Ahad setelah pertikaian domestik dilaporkan.

Mereka berkata lelaki berkenaan menyerang seorang pegawai polis dengan sebilah pisau, sehingga menyebabkan kecederaan, dan bahawa seorang lagi pegawai melepaskan tembakan untuk mempertahankan dirinya, di mana ia turut membunuh lelaki tersebut.

Bagaimanapun, keluarga lelaki yang ditembak mati itu berada di tempat kejadian dan menolak kenyataan polis berhubung insiden itu bahawa terdapat pertikaian rumahtangga yang berlaku.

Dianggarkan, kini terdapat antara 200,000 hingga 300,000 anggota masyarakat Cina di Paris. Ramai daripada warga Cina generasi pertama di Paris tiba pada tahun-tahun 1980-an dan bekerja di perusahaan tekstil.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan