Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

40 jemaah haji Indonesia yang mahu ke Makkah melalui S'pura tanpa dokumen sah, disekat

Pejabat Imigresen Indonesia menggagalkan usaha 40 jemaah haji negara itu untuk ke Makkah tanpa dokumen sah, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2017 04:43PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 11:03PM

TUBAN, INDONESIA: Pejabat Imigresen Indonesia menggagalkan usaha 40 jemaah haji negara itu untuk ke Makkah tanpa dokumen sah, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Ketua bahagian imigresen Sulawesi Selatan, Encik Ramli memberitahu AA, jemaah haji berkenaan ditahan di lapangan terbang Makassar.

"Mereka cuba ke Arab Saudi melalui Singapura dan Sri Lanka untuk menunaikan Haji walaupun hanya memperolehi visa pelancong," kata Encik Ramli.

Semua jemaah berasal dari Sulawesi Selatan, tempat di mana penduduk perlu menunggu sehingga 29 tahun untuk menunaikan haji jika mendaftar dengan kerajaan.

Kuota haji ditentukan kerajaan Arab Saudi berdasarkan jumlah umat Islam setiap negara, bagi sejuta umat Islam 1,000 kuota jemaah haji diperuntukkan.

Indonesia, yang mempunyai penduduk seramai 256 juta, menghantar sekitar 200,000 jemaah haji ke Makkah setiap tahun.

Ketua bahagian haji dan umrah Kementerian Hal Ehwal Agama, Encik Abdul Djamil berkata, senarai menunggu untuk menunaikan haji di Indonesia sangat ramai. 

Setakat ini, terdapat lebih dua juta penduduk Indonesia dalam senarai menunggu, disebabkan itu terdapat beberapa penduduk cuba menggunakan alternatif lain.

Pada Ogos tahun lepas, 177 warga Indonesia ditahan kerana menggunakan pasport haji Filipina

Sumber : Bernama/DIWAI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan