Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 terkorban dalam serangan 'pengganas' di luar parlimen Britain

Tiga orang awam dan seorang pegawai polis terbunuh, dan 40 yang lain cedera dalam serangan pengganas di luar bangunan parlimen Britain, menurut pegawai kanan anti-pengganasan, Mark Rowley, pada Rabu (22 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
4 terkorban dalam serangan 'pengganas' di luar parlimen Britain

Seorang lelaki cedera menyusuli insiden menembak di Jambatan Westminster di London pada 22 Mac 2017. (Gambar: REUTERS/Toby Melville)

Diterbitkan : 23 Mar 2017 08:01AM Dikemas Kini : 23 Mar 2017 08:07AM

LONDON: Tiga orang awam dan seorang pegawai polis terbunuh, dan 40 yang lain cedera dalam serangan pengganas di luar bangunan parlimen Britain, menurut pegawai kanan anti-pengganasan, Mark Rowley, pada Rabu (22 Mac).

Serangan tersebut berlaku berhampiran Big Ben, di laluan pejalan kaki di Jambatan Westminster yang menjadi daya tarikan jutaan pelancong kerana pemandangannya yang ikonik.

Kereta penyerang berkenaan merempuh para pejalan kaki di Jambatan Westminster sebelum melanggar pagar yang mengelilingi Bangunan Parlimen, yang turut mencetuskan rasa cemas di kalangan pemimpin Britain.

Perdana Menteri Theresa May menyifatkan serangan tersebut sebagai perbuatan "keji dan hina" dan berkata bahawa "penyerang berkenaan memilih untuk melakukannya di tengah-tengah ibu kota" yang mencabar nilai-nilai demokratik Britain.

Berdiri di luar kediamannya di Downing Street setelah mengadakan mesyuarat kabinet tergempar, Cik May bertegas parlimen akan mengadakan pertemuan seperti biasa pada Khamis, meskipun tahap amaran keselamatan Britain kekal tidak berubah.

Rowley pula berkata bahawa keempat-empat mangsa yang terbunuh termasuk seorang pegawai polis yang mengawal bangunan parlimen dan tiga lain yang terkorban di jambatan tersebut.

Serangan tersebut berlaku setahun selepas para anggota militan ISIS membunuh 32 orang dalam serangan bom kembar di Brussels dan menyusuli satu siri serangan maut di Eropah, yang ketika itu belum menyerang Britain.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan