4 militan Bangladesh ditangkap susuli serangan di Dhaka
Kumpulan itu dituduh melakukan serangan di sebuah kafe di Dhaka awal bulan ini yang membunuh 22 orang.
BANGLADESH: Pihak berkuasa Bangladesh menangkap empat militan berkaitan serangan pengganas di ibu kota Dhaka awal bulan ini.
Mereka termasuk seorang ketua serantau dan merupakan anggota sebuah kumpulan pelampau tempatan.
Kumpulan itu dituduh melakukan serangan di sebuah kafe di Dhaka awal bulan ini yang membunuh 22 orang.
Di tempat persembunyian mereka, polis turut menemui sejumlah senjata, bom dan bahan membuat bom.
Polis juga sedang mencari 261 lelaki muda yang dilaporkan hilang.
Sebahagian daripada mereka dikhuatiri ditarik menjadi anggota kumpulan-kumpulan militan.
Ini memandangkan lima penyerang kafe di Dhaka itu dilaporkan hilang beberapa bulan sebelum serangan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.