Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 cedera, suspek ditahan, dalam 'percubaan serangan pengganas' di New York

Empat orang cedera apabila letupan berlaku di stesen kereta api bawah tanah di tengah-tengah Manhattan, yang disifatkan datuk bandar New York sebagai "percubaan serangan pengganas".

Anggaran Waktu Membaca:
4 cedera, suspek ditahan, dalam 'percubaan serangan pengganas' di New York

Keadaan di tempat kejadian bom di New York. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 12:20AM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 12:24AM

NEW YORK: Empat orang cedera apabila letupan berlaku di stesen kereta api bawah tanah di tengah-tengah Manhattan, yang disifatkan datuk bandar New York sebagai "percubaan serangan pengganas".

Letupan tersebut - yang berlaku di stesen berdekatan terminal bas Port Authority, tidak jauh dengan Times Square di New York, mencetuskan rasa cemas dan mengganggu perjalanan orang ramai.

Seorang lelaki yang disyaki pengebom ditahan dan cedera, menurut pihak polis. Kecederaan yang dialami mangsa-mangsa lain dilaporkan tidak mengancam nyawa.

"Ini New York. Hakikatnya kami menjadi sasaran ramai pihak yang ingin membuat kenyataan menentang demokrasi dan kebebasan," kata Gabenor New York Andrew Cuomo kepada wartawan.

"Ini merupakan percubaan serangan pengganas," kata Datuk Bandar Bill de Blasio. "Nasib baik penyerang tidak dapat melakukan tujuannya."

Pesuruhjaya polis New York James O'Neill mengatakan bahawa suspek yang berusia 27 tahun, yang dikenal pasti sebagai Akayed Ullah, melekatkan alat letupan pada dirinya. Dia mengalami kelecuran di bahagian tangan dan perut.

Gambar-gambar dimuat naik dan tersebar luas di media sosial yang menunjukkan lelaki tersebut berada di lantai dengan tangannya digari dan kecederaan di bahagian perutnya.

Bekas ketua polis New York, Bill Bratton, mendedahkan kepada stesen Televisyen MSNBC bahawa beliau diberitahu suspek berasal dari Bangladesh dan mungkin menyerang di bawah nama ISIS.

Pihak polis dengan tangkasnya memindahkan orang ramai dari stesen Port Authority dan menutup jalan raya di kawasan tersebut, yang kemudiannya dipenuhi dengan kereta polis dan ambulans.

Letupan tersebut berlaku semasa waktu sibuk sebelah pagi, sebelum jam 8.00 pagi waktu tempatan New York, apabila orang ramai sedang dalam perjalanan ke kerja.

Presiden Donald Trump sudah diberikan taklimat mengenai letupan tersebut, menurut jurucakap Rumah Putih, Sarah Huckabee, dalam kiriman Twitter.

Pada Oktober lalu, sebuah lori merempuh orang ramai di Lower Manhattan yang membunuh lapan orang dan mencederakan 12 yang lain. Ia merupakan serangan pengganas pertama di New York sejak peristiwa 9/11.

New York seringkali berada dalam keadaan cemas menjelang musim perayaan, dengan orang ramai, hampir ratusan ribu orang, mengerumuni Times Square pada Malam Tahun Baru.

"Kami mempunyai Patung Liberty di persisiran kami, yang membuat kami sasaran (pengganasan) antarabangsa. Kami memahaminya," kata Encik Cuomo.  

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan