Images
  • bali prison
    Gambar fail penjara Kerobokan di pulau peranginan Bali, Indonesia. (Gambar: AFP)

4 banduan asing larikan diri dari penjara Bali dengan gali terowong 12 meter

DENPASAR, INDONESIA: Empat banduan warga asing melarikan diri dari penjara Kerobokan di pulau peranginan Bali menggunakan terowong, kata ketua penjara itu Encik Tony Nainggolan, hari ini (19 Jun).

Encik Tony menyatakan empat banduan itu warga Australia Shaun Edward Davidson, warga Bulgaria Dimitar Nikolov, warga India Sayed Muhammad dan warga Malaysia Tee Kok King.

"Terowong sepanjang 12 meter (39 kaki) yang disyaki mengambil masa lebih daripada seminggu untuk digali," menurut Encik Tony.

Beliau menambah pihak polis sudah menjalankan misi memburu dan percaya lelaki-lelaki tersebut masih berada di Bali dan tidak jauh dari penjara.
 

- REUTERS/fa

Komen Anda?

Top