Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 askar Indonesia maut dibedil meriam rosak semasa latihan di Laut China Selatan

Empat askar Indonesia maut dan lapan yang lain cedera semasa menjalani latihan di sebuah pulau di Laut China Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
4 askar Indonesia maut dibedil meriam rosak semasa latihan di Laut China Selatan

Gambar fail kapal-kapal tentera di Laut China Selatan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 May 2017 05:25PM Dikemas Kini : 18 May 2017 05:31PM

JAKARTA: Empat askar Indonesia maut dan lapan yang lain cedera semasa menjalani latihan di sebuah pulau di Laut China Selatan.

Ini didedahkan oleh tentera Indonesia pada Khamis (18 Mei).

Insiden itu berlaku pada Rabu apabila sebuah meriam mengalami kerosakan semasa ia digunakan dalam latihan yang diadakan di Tanjung Datuk Natuna, yang terletak di pinggir barat laut Indonesia.

"Meriam itu tiba-tiba tidak dapat dikawal dan membedil askar-askar di kawasan tersebut, " kata jurucakap tentera Alfret Denny Tuejeh kepada AFP.

Daripada lapan yang cedera, empat cedera parah, menurut jurucakap itu lagi.

Meriam tersebut, yang dibeli pada tahun 2003, digunakan sehari sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Pihak tentera sudahpun memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut. 

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan