Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 anggota 'Hells Angels' Thai ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan dadah

Polis menangkap empat anggota kumpulan penunggang motosikal 'Hells Angels' atas tuduhan jenayah melibatkan dadah, keganasan dan menjadi ancaman kepada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
4 anggota 'Hells Angels' Thai ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan dadah

Tiga warga Australia dan seorang rakyat Kanada dari kumpulan 'Hells Angels' ditangkap. (Gambar: Wolter Peeters)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 06:10PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 06:15PM

BANGKOK: Polis menangkap empat anggota kumpulan penunggang motosikal 'Hells Angels' atas tuduhan jenayah melibatkan dadah, keganasan dan menjadi ancaman kepada masyarakat.

Tiga warga Australia dan seorang rakyat Kanada itu diberkas di pulau peranginan Pattaya, siang tadi (7 Dis).

Dua daripada mereka akan dihantar pulang ke negara asal mereka manakala dua lagi akan didakwa atas tuduhan memiliki dadah.

"Kami temukan dadah kokain pada diri mereka," kata seorang polis yang terlibat dalam penangkapan itu.

Polis Thai masih memburu tiga lagi anggota kumpulan tersebut yang juga warga Australia.

Seorang lagi rakyat Britain dipercayai sudah meninggalkan Thailand.

Kumpulan penunggang motosikal itu turut mendapat perhatian pada 2015 kerana salah satu anggotanya dibunuh seorang lelaki Australia yang dihukum mati pada bulan Februari.  

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan