Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

320 maut, ribuan cedera akibat gempa bumi Iran-Iraq

Sekurang-kurangnya 320 terkorban dan 2,000 yang lain cedera apabila gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter melanda kawasan sempadan Iran-Iraq pada Ahad (12 Nov), menurut agensi berita China Xinhua yang menukil media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2017 12:08PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 10:46PM

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 320 terkorban dan 2,000 yang lain cedera apabila gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter melanda kawasan sempadan Iran-Iraq pada Ahad (12 Nov), menurut agensi berita China Xinhua yang menukil media tempatan.

Gempa tersebut berlaku sekitar 103 kilometer dari tenggara bandar Sulaymaniyah, Iraq dan gegarannya turut dirasai di beberapa wilayah Iran yang bersempadan dengan Iraq.

Lebih 20 kampung di Iran musnah, dengan bekalan air dan elektrik terputus.

Pasukan keselamatan Iran sudahpun dikerahkan ke kawasan yang dilanda gempa dan helikopter membawa keperluan asas turut dikerahkan untuk menghantar keperluan asas kepada penduduk yang terjejas oleh gempa tersebut.
 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan