Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

300 robot buat persembahan Kung Fu secara serentak!

Anda mungkin sudah menonton filem yang memaparkan panda yang melakukan Kung Fu.

Anggaran Waktu Membaca:
300 robot buat persembahan Kung Fu secara serentak!

300 robot membuat persembahan Kung Fu. (Gambar: People’s Daily China/ Facebook)

Diterbitkan : 19 Sep 2017 12:08AM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 12:20AM

HARBIN: Anda mungkin sudah menonton filem yang memaparkan panda yang melakukan Kung Fu.

Tapi berbeza pula kali ini, anda bukan melihat haiwan, tetapi sebaliknya robot yang melakukan Kung Fu!

Malah, menurut Indian Express, sehingga 300 robot ‘berhimpun’ untuk beraksi dan membuka langkah bersama-sama. Robot-robot itu dilihat beraksi di perasmian Pertandingan Reka Bentuk Kreatif Robot China TRCC di Harbin.

Persembahan itu juga membuka tirai bagi pertandingan kemahiran tiga hari di Harbin, di wilayah Heilongjiang.

(Gambar: People’s Daily China/ Facebook)

Menurut penganjur pertandingan tersebut, lebih 500 pasukan robotik mengambil bahagian dalam pertandingan gimnastik dan atletik.

Turut dibariskan secara bersama-sama, robot-robot mini itu memukau penonton yang hadir di pertandingan itu. Bagaimanapun, seperti ditukil Indian Express, ini bukanlah kali pertama di mana robot-robot dilihat melakukan Kung Fu di China.

Awal dari itu, di peraduan ‘Amazing China’, sebanyak 108 robot memukau penonton dan para juri dengan membuat persembahan Kung Fu, Tai Chi dan menari kepada runut bunyi filem Jet Li, Fearless.

China juga memegang Rekod Dunia Guinness bagi robot terbanyak yang menari secara serentak, lapor Indian Express.

Pada bulan Ogos, sebanyak 1069 robot di Guangzhou, Guangdong, dibariskan bagi membuat persembahan tarian dengan koreografi yang sempurna. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan