Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

30,000 mati akibat kemalangan jalan raya di Indonesia setahun

Mangsa yang maut akibat kemalangan jalan raya di Indonesia berjumlah 30,000 orang setahun – bilangan tertinggi dalam kalangan negara-negara Asean, Menurut Ketua Polis Indonesi Jeneral Tito Karnavian.

Anggaran Waktu Membaca:
30,000 mati akibat kemalangan jalan raya di Indonesia setahun

Gambar hiasan. (Gambar: JIMIN LAI / AFP)

Diterbitkan : 15 Nov 2017 11:54PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 12:01AM

JAKARTA: Mangsa yang maut akibat kemalangan jalan raya di Indonesia berjumlah 30,000 orang setahun – bilangan tertinggi dalam kalangan negara-negara Asean, Menurut Ketua Polis Indonesi Jeneral Tito Karnavian.

Di Singapura yang mempunyai 5.6 juta penduduk, angka rasmi menunjukkan, 141 orang maut akibat kemalangan jalan raya tahun lalu (2016). Manakala di Malaysia pula, angkanya mencapai lebih 7,150 orang bagi tahun lalu.

"Masalah lalu-lintas yang paling tinggi adalah kemalangan di jalan raya. Angka korbannya lebih tinggi berbanding jumlah korban akibat pengganasan," katanya ditukil laporan agensi berita ANTARA.

Sementara itu, menukil laporan media online, ketua polis trafik Indonesia, Inspektor Jeneral Royke Lumowa berkata jumlah mangsa kemalangan itu adalah akibat kecuaian pemandu, kemudahan infrastruktur jalan raya yang tidak baik, dan penguatkuasaan lalu lintas yang kurang berkesan.

"Di negara maju, sekalipun anggota polis jarang ada di jalan raya, tetapi pengawasannya menggunakan teknologi (seperti) CCTV, kamera jalan raya dan kita (Indonesia) juga menuju ke arah itu," katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan